Live

Dunia Baru Permata Ayah Bonda

Dunia Baru Permata Ayah Bonda

Tuesday, February 2, 2010

Walimatul Urus FARAH SYAHIRAH & KAHIRIL JOHARI

Kepada semua kengkawan yang Farah x sempat antar kad jemputan, silakanlah ke kenduri Farah pada 14 Februari 2010 (Ahad) bertempat di Lot 4451, Blkg Istana Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.

Manakala majlis menyambut menantu akan diadakan pada 17 Februari 2010 (Rabu) di rumah pengantin lelaki di Lorong Masjid Al- husna, Jalan Bayam, kota Bharu Kelantan...

Semua dijemput bagi memeriahkan majlis ini nanti

Friday, November 27, 2009

Raya Haji...Raya Korban...Raya Aidiladha

assalamualaikum...selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua yg tak jemu2 lawat blog farah...dah lama farah x update cerita kat blog ni...busy je memanjang...sekarang farah dh berada kat kg dh...ye ar kan tengah cuti sekolah..dapatla beraya ngan family...

dikesempatan yg ada ni farah nak minta maaf zahir dan batin kepada semua kengkawan kalau farah ada buat salah silap sepanjang kita berkawan..farah syg anda semua...buat yg pernah berada di hati farah, farah nak mintak maaf kalau farah ada buat salah...semoga berbahagia...mungkin antara kita ditakdirkan tiada jodoh antara kita..farah redha...semua ketentuan allah swt kan?

ops x nak sedih2 dh..utk pengetahuan semua rakan2...raya ke 3 ni farah akan bertunang..jadi tunangan org plk nanti...farah bersyukur sesangat...MOHAMAD KAHIRIL JOHARI BIN ADNAN...semoga hubungan yg kita jalinkan akan berkekalan ke jinjang pelamin...

farah stop kat sini dlulah eks...ada masa farah coretkan lagi...selamat berhari raya buat semua....

Sunday, November 8, 2009

PETUA UNTUK MENDAPAT PASANGAN Renungan bersama - Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah -

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci

Friday, November 6, 2009

Kabare

salam semua...salam rindu buat pelayar blog farah....rasanya hampir sebulan farah x update blog ni..bz sesangat x sempat nak update.maaf eks...

sepanjang bebrapa minggu menyepi ni, farah sibuk ngan kerja2 kat sekolah.maklumlah farah masih baru so banyak kerja yg farah kena tumpukan...akhir2 tahun ni lagila sibuk ngan pelbagai program sekolah n program luar..penat x terkata.

minggu lepas bebudak sekolah baru je tamat ujian akhir tahun.mark semua dh settle...bolehla rehat sikitkan...emmm..nasib baikla bebudak ni bijak2...takla teruk sangat result mereka.alhamdulillah cabaran tahun depan x taula plk camne...insyaallah

klah...farah ada kerja ni..ni pun kat lab komputer ni.jmpa lagi

Wednesday, September 16, 2009

SaLaM aIDiLFitRi

Selamat meneruskan ibadat puasa buat semua yg tak jemu dan bosan menjenguk laman farah ni... mlm ni sempatlh farah titipkan sepatah dua kata buat anda...esok merupakan hari terakhir persekolahan sebelum farah balik cuti raya malam esok...bukan pe hari jumaat dah tak sekolah dah...bestnye nak balik kg lagi.rindu masakan mak...berbuka puasa bersama-sama family tersayang.

Aidilfitri pun tak lama dah akan kita sambut.macammana persiapan semua?farah tahun ni ala kadar je,bukan pe gaji belum dapat lagi...tengah pokai lah..hihi.balik tempohari sempatlah pi tempah sepasang baju...excited gak farah nak raya..bukan pe, tahun ni kan tahun pertama farah beraya selepas bergelar pendidik...lain jugakla rasanya.ops lupa, kat sekolah farah, menjadi satu trend plk bila menjelangnya raya, murid-murid tak putus-putus bagi kad raya..farah pun tak terkecuali...banyak jugakla dapat.happy jekan bila bergelar cikgu ni..terasa murid menghargai jasa kita...betul tak?

kepada semua..farah ucapkan salam aidilfitri dan maaf zahir dan batin.jika farah ada tersilap n melukakan hati anda semua farah minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki mohon keampunan.semoga kita semua mendapat petunjuk dari yang maha esa dan bergembira di hari raya nanti...

salam aidilfitri

Tuesday, September 8, 2009

Dapat Award....@My True Life@

Selamat malam...jumpa lagi...ntahla hari ni farah rajin sikit...nak entry blog lagi.pepun farah nak ucapkan jutaan terima kasih pada akak hasnah musa @ my true life...sbb bagi farah award ni... macam artis popular plkkan...hihi..k akak, farah dah ambik dh ni....



Syarat-syarat untuk ambil awards ini:

1. Buat Posting tentang Award ini.

2. Linkkan pemberi awards ini di entri itu.

3. Copy-paste Image di atas.

4. Sebelum ambil jangan lupa tinggalkan komentar di entri ini.

Ok semua farah dah buat.. dan farah bagi awards ini kepada;

1-semualah yang lawat blog farah...permata ayah bonda

New Life Permata Ayah Bonda...


salam semua....

lama farah x jenguk blog ni....terima kasih banyak2 sebab masih sudi jenguk blog farah ni...syukran..

hari ni 8,9 dan 10 september semua pelajar diseluruh malaysia menjalani peperiksaan UPSR. sekolah farah pun tak terkecuali...pagi2 lagi murid tahun 6 penuh semangat utk menjawab soalan hari ni.suka farah tgk mereka..teringat zaman farah dulu..excited sangat nak ambik exam...tapi masa dah berlalukan.sekarang farah plk tgk adik2 penuh semangat nak exam...semoga semua beroleh kejayaan. insyaallah...

cepatkan masa berlalu...hari ni dah 18 ramadhan dah kita umat islam berada di bulan ramadhan. banyk benda yang berlaku kat farah sepanjang ramadhan ni.awal ramadhan lepas masa farah balik kg cuti pertengahan semester 2 farah accident...nasib baikla xde apa2.maybe farah terkejut sikit tu sebab farah x sedarkan diri...terima kasih kat kengkawan farah yang sudi melawat farah...

bulan ramadhan ni jugak farah menghadapi satu peristiwa yang tak dapat farah lupa...tapi xpelah farah x nak cerita kat sini...farah kena jaga hati semua...pepun farah anggap ni satu ujian buat farah...pertemuan, jodoh, ajal dan maut semuanya allah s.w.t yang tentukan...farah redha... farah ucapkan ribuan terima kasih atas segalanya...sekarang farah nak buka buku baru....farah nak bagi tumpuan kat kerjaya yang sedang farah bina ni.mudahan semuanya berjalan lancar.. insyaallah semua doakan farah ye...x nak sedih2 la...

minggu lepas gak farah sempat naik putrajaya jap. rumah mak angkat farah kat sana.kat presint 8.lama x jmpa mak angkat farah tu.sesekali jmpa terubat rindu farah kat dia...macam mak farah jugakla...mak angkat farah banyak bagi semangat kat farah.terima kasih mum...farah tak nak kecewakan harapan mum tau....lama2 x jmpa mum, sempat mum bawak farah jengjalan shopping...suka sangat.walaupun dibulan puasa...farah tabik kat mum n pa...masih bersemangat... kuat n tabah cam farah gak....

melalut plk farah ni...okla..farah nak kuar jap..nak cari makanan berbuka...dok jauh dari family ni ala kadar jela berbuka tu..x sabar nak balik kg lagi.

so selamat berbuka puasa buat semua kengkawan blog farah..permata ayah bonda..wsaalam

Tuesday, August 25, 2009

Topeng @ Purdah...H1N1

salam semua...

sejak balik kg ni x sempat nak edit blog ni...suram jekan...xpela janji sekarang dah update kan.. 2,3 hari farah balik kelantan dan berpuasa kat kampung memang menyeronokkan...badan pun dah makin naik.maklumla makan bnyak time berbuka..hihi..

nak kongsi cite sikit, semalam farah pi bazar ramadhan kat stadium sultan muhammad kat kota bharu tu...fuh ramai betul org.walaupun org dok riuh pasal penyakit selsema babi tu tapi masih ramai ye org...bulan ramadhan kan bulan keberkatankan.harapnye kita semua dilindungi.farah x lupa pakai topeng tu..

hari ni farah x kemana2...pagi tadi je pi umah kawan kat jalan bayam...lama x jmpa dia...pe lagi berborak sakanla kitaorg.yg specialnya kawan farah ni dia cakap banyak.puasa2 pun x henti2 dia cakap..ngah posa x?farah gurau je.

oklah ye...idea dah kering dah..lain masa kita jmpa lagi eks...selamat meneruskan ibadat puasa...muahhhh semua

wassalam

Saturday, August 22, 2009

Kat Rumah Dah...Best Tau

Salam semua pelawat blog farah

bersua lagi kita...salam ramadhan n selamat berpuasa buat semua.hari ni farah dah ada kat kelantan dah.pagi tadi sampai abah ambik kat stesen bas kota bharu jam 5.30 pagi... x sempat sahur kat rumah tadi..farah makan roti je tu pun sempat beli masa bas berhenti rehat kat besut pagi tadi.pepun puasa tetap diteruskan..tapikan hari pertama x lah letih sangatkan?

lepas solat subuh tadi farah tertidur jap...penat sangat.bangun dalam pkul 9 pagi...baca quran jap... kt kelantan panas sekarang berbeza kat melaka, ptg2 biasa hujan..cuaca redup je pagi..tapi farah seronok dapat balik puasa kat kelantan.rindu masakan mak dibulan puasa tau..

oklah..tu je la post farah...apepun selamat berbuka puasa...dan malam nanti jangan lupa terawih. farah pun nak start terawih malam ni...ok chow dulu..

wassalam